Random Video

Isu Rusia-Ukraine | EU pertimbang sekatan baharu ke atas Rusia

2022-09-23 0 Dailymotion

Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah, EU, Josep Borell umum blok itu akan mengenakan sekatan baharu terhadap Moscow dan meningkatkan sokongan ketenteraannya kepada ukraine sebagai tindak balas kepada langkah kerahan tentera oleh Rusia.

Tindakan terbaharu itu diambil selepas Presiden Rusia Vladimir Putin pada Rabu mengarahkan kerahan sebahagian besar pasukan tenteranya dan pihak berkuasa yang disokong Rusia memutuskan sehari lebih awal untuk mengadakan pungutan suara di empat wilayah Ukraine bagi menyertai negara tersebut.